Syarikat Gamat eMAS Sdn Bhd...

Menjanjikan Suatu Kelainan..
~~~~~~~~~~~~~~~ 

Syarikat Gamat eMas Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik bumiputera 100% dengan mendokong impian memertabatkan produk gamat bukan sahaja pada peringkat tempatan, malah menembusi pasaran antarabangsa dan masyur di mata dunia.

Nama syarikat sendiri di ilhamkan dari nama spesis gamat yang paling berkesan digunakan sejak temurun lagi atau nama saintifik dikenali sebagai STICOPHUS HERMANII. 

Untuk menuju ke arah matlamat ini, syarikat Gamat eMas telahpun menjalinkan usahasama dengan sebuah universiti tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Professor Madya Dr Ridzwan Hashim, merangkap ketua penyelidik gamat dari UKM sejak tahun 1983 lagi telah dilantik secara resmi sebagai konsultan gamat bagi syarikat anak tempatan ini. Beliau dibantu oleh lebih dari 20 orang pakar penyelidik yang begitu komited membuat kajian demi kajian tentang khasiat gamat.

 

 

 

Gabungan usahasama GESB,UKM & SIRIM BERHAD.

Kelihatan Dr Syid Ayob CEO GESB bersama Prof Ridzuwan dari UKM, Datuk Dr Ariffin Atun dari SIRIM BERHAD dan Dato Rafidah Aziz.

 

Penumpuan terhadap keberkesanan dan kualiti produk yang dihasilkan membuatkan syarikat Gamat eMas turut menjalinkan usahasama dengan SIRIM Bhd untuk mengekalkan piawaian mutu tanpa kesangsian tentang kesan sampingan. Malah R & D yang dijalankan oleh SIRIM Bhd. memantapkan lagi keunggulan produk Gamat eMas berbanding dengan produk lain di pasaran. Sementara produk yang dihasilkan berasaskan sumber ekstrak gamat tulin yang disahkan oleh UKM sendiri. Kesemuanya ini bertujuan untuk memberikan kepuasan kepada konsumer untuk menggunakan produk dengan nilai pada kualiti yang berteraskan penyelidikan dan pembangunan.

Memetik kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO)  Gamat eMas Sdn Bhd,  Dr. Syid Ayob bin Syid Mustafa Alqudri ,  "Air gamat yang berbau busuk dan tidak menyenangkan itu digunakan sejak lebih 300 tahun dahulu dan masih digunakan sehingga kehari ini. Ini membuktikan keyakinan masyarakat Melayu terhadap khasiat gamat amatlah tinggi. Ini sebenarnya mendapat sokongan dari hasil penyelidikan yang membuktikan tanggapan nenek moyang kita itu ada asasnya."  Menyedari hakikat sedemikian, Gamat eMas ditubuhkan untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat kini yang mewarisinya.

Daripada 15 produk berasaskan gamat yang dihasilkan, 9 produk adalah bagi penjagaan kesihatan iaitu Pati Gamat Plus, Pati Gamat Plus bervitamin, Bioseed, Biobrain,BIO-H, Gel eMas, Krim eMas, Minyak linimen eMas dan Krim urut eMas. Sementara selebihnya dikhususkan untuk penjagaan kecantikan iaitu Losyen eMas, Pencuci muka eMas, Shampu eMas, Buih mandian emas, Sabun eMas dan Kosmetik SKINWHITE.

Produk yang dihasilkan adalah inspirasi dari formulasi terkini dengan harga yang paling kompetitif di pasaran. Pati Gamat Plus bervitamin contohnya, di formulasikan khas berbentuk emulsi supaya mudah ditelan, rasa dan baunya  hebat menyelerakan, isi kandungan yang memberikan nilai pada wang anda berbanding dengan produk setaraf di pasaran dan dicampur dengan multivitamin terutamanya beta carotene yang bertindak sebagai anti oksidans yang kuat bagi merendahkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan proses penuaan

Bioseed diciptakan khas untuk penjagaan sistem digestif yang optima sementara Biobrain pula menjadi produk hit di kalangan kanak-kanak untuk pengembangan minda yang terbaik dan tumbesaran yang sihat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ********** ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Gamat eMas bukan sahaja menyediakan produk yang terunggul malah mewujudkan juga satu peluang perniagaan yang pulangannya pasti lumayan bagi rakaniaga yang mendaftar diri. Peluang keemasan ini, disokong dengan produk yang berkualiti dan pelan pemasaran yang menguntungkan bakal merubah kehidupan rakaniaga yang berani menceburkan dan mengusahakan perniagaan ini bersama Gamat eMas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ********** ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Untuk yang berminat sila hubungi :

myindahkasturi@hotmail.com

Mahfuzah1977@yahoo.com

Atau..

Pusat Jualan Negeri atau Stokis yang berhampiran

 

 Pejabat Urusan & Rawatan 

356, 2nd Floor Ampang Park Shopping Complex, Kuala Lumpur. 

Tel : 03-21669225. Hp : 016 2964942

 

PGPV / PGP   | G-CAFE /  G-CAFE ORIGINALBIOSEED / BIOSEED PLUS | BIOBRAIN | BIO H   
C3 SPIRULINA  | SABUN GAMATGEL MANDIAN | SYAMPU GAMAT | LOSYEN | PENCUCI MUKA  
KRIM GAMAT
| GEL GAMATKRIM URUT GAMAT | MINYAK LINIMENT | OROGARD | SKIN WHITE  
Pengenalan  | Gamat emas |  BEAUTREME | LINESSE | Testimonial | Manual Rawatan  

 index.htm                                                                                              

 

   Pengena