Kronologi pati gamat

~Petikan dari akbar Utusan     

PENGGUNAAN BARU PATI GAMAT DITEMUI

 

Sekumpulan saintis tempatan telah  menemui penggunaan Pati Gamat sebagai ~Rawatan Alternatif~ bagi penyakit-penyakit sukar disembuhkan seperti barah payudara, angin ahmar dan gastritis.

Penemuan khasiat gamat itu diperolehi oleh sekumpulan saintis termasuklah dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia,Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Projek di bawah Penyelidikan Intensif Kawasan Prioriti (IRPA) di ketuai oleh Prof. Ridzwan Hashim dengan dibantu oleh Dr.Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri yang turut mengkaji dari aspek klinikal tentang keberkesanan gamat.

Menurut Dr. Syid Ayob AlQudri, kajian yang bermula sejak 1980-an lagi itu terbukti bahawa pati gamat mempunyai beberapa keunikan dan unsur penting yang dapat menumbuhkan sel untuk menyembuhkan luka. Menurut beliau ''kita telah mempunyai beberapa contoh pesakit yang menggunakan produk gamat ini dan Alhamdullillah, pesakit yang sebelum ini telah terlantar selama tujuh bulan sehingga keadaannya begitu memudaratkan, Kini boleh melakukan kerja harian seperti biasa."

Beliau berkata,melalui penggunaan gamat ini ia bertindak menumbuhkan semula sel-sel secara dalaman sehingga membuatkan sel-sel tersebut bertangkup semula, mengurangkan sakit dan inflamasi serta meredakan alahan dan melancarkan pengaliran darah. Analisis ke atas tubuh dan cecair selom gamat mendapati gamat kaya dengan proien yang melebihi 44 peratus,karbohidrat 3-6 peratus dan lemak sebanyak 1.5 peratus. Kandungan asid lemak mustahak (EPA) memainkan peranan penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurangkan kejadian pembekuan darah didalam saluran darah. Menurut Dr.Syid, sejak kebelakangan ini, kajian di dalam dan luar negara turut menyerlahkanpotensi gamat sebagai antitumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit AIDS.

''Memang benar gamat terbukti mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan luka-luka, tetapi melalui kajian berterusan yang kita lakukan, kini ia pula mampu memperbaiki kerosakan tisu bagi pesakit payu dara.Kesan ini lebih efektif jika digabungkan dengan rawatan moden seperti kemoterapi. Kesan antitumor oleh gamat telah dilakukan secara ujian 'in vitro' terhadap sel barah payu dara di mana di dapati gamat mampu bertindak memusnahkan sel tersebut,'' katanya.

Katanya, kajian tersebut masih di peringkat awal dan masih memerlukan data klinikal yang lebih nyata sebelum ia dapat dianggap sebagai ubat. ''Kita boleh katakan pada masa kini pati gamat boleh digunakan  sebagai bahan yang saling bantu-membantu dengan ubat biasa untuk membantu membaik pulih pelbagai jenis penyakit dan ia juga sesuai sebagai pemakanan tambahan." Kini , melalui hasil kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, khasiat gamat telah dikomersialkan dengan  terhasilnya 15 produk barangan berasaskan gamat.

Dr.Syid berkata, pati gamat juga mempunyai bebrapa kebaikan lain seperti kesan antiinflamasi (lawan radang),kesan anti histamina untuk melawan alahan, boleh melebarkan saluran darah iaitu kesan vasodilatasi serta membantu meningkatkan tahap metabolisma dan kesemuanya tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.  Di samping itu, SIRIM Bhd. turut menyumbangkan kepakaran mereka untuk melaksanakan R&D bagi memformulasikan produk kosmetik SKINWHITE eMAS bagi syarikat Gamat Emas Industries di samping menjaga piawaian kualiti produk tersebut.

 

 

 

''Hasil ketekunan Prof. Dr.Ridzwan yang di bantu oleh saintis dibawahnya memberikan sumbangan yang begitu berharga untuk memartabatkan produk kebanggaan Melayu di mata dunia.Kajian untuk mengenal pasti bahan bioaktif dalam gamat bakal menyumbangkan sesuatu yang bermakna pada dunia perubatan suatu hari nanti.''katanya.

 

>> MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT !!! <<

 

 

PGPV / PGP   | G-CAFE /  G-CAFE ORIGINALBIOSEED / BIOSEED PLUS | BIOBRAIN | BIO H   
C3 SPIRULINA  | SABUN GAMATGEL MANDIAN | SYAMPU GAMAT | LOSYEN | PENCUCI MUKA  
KRIM GAMAT
| GEL GAMATKRIM URUT GAMAT | MINYAK LINIMENT | OROGARD | SKIN WHITE  
Pengenalan  | Gamat emas |  BEAUTREME | LINESSE | Testimonial | Manual Rawatan  

 

                                                                                               

   Pengena